Followers

Wednesday 10 August 2011

Nur Syahada by FAR EAST

Hah ni adalah salah satu  lagu nasyid yang CIK FARRA minat


NUR SYAHADA by FAR EAST

lagu ni,, ada la sorg member penah nyanyi kan tuk CIK FARRA. Masa tu CIK FARRA konon-konon nye menjadi tempat tuk die test suara die. selepas die nyanyi lagu ni,,, CIK FARRA jadi suka pada lagu ni,,, lagu ni sedap di dengar. ada maksud yang tersendiri.  Tak tahu nk cerita macam mane. senang cite. layan sendiri lagu ni.


*pesanan dr penaja,,, sblm play video ni,,, pause kn dulu muzik player kat bawah 2 ye...

Monday 8 August 2011

KADAR ZAKAT TAHUN 2011


Info kadar bayaran Zakat Fitrah 2011 seluruh Malaysia.
Dimana kadar bayaran berbeza-beza mengikut negeri.
Kadar Zakat :-
  • Sabah – RM 7.00
  • Sarawak – RM 6.20
  • Melaka – RM 6.50
  • Kelantan – RM 7.00
  • Johor – RM 5.00 / RM 7.50 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
  • Terengganu – RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
  • Kedah – RM 7.00
  • Perak – RM 7.00
  • Pahang – RM 7.00
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) – RM 7.00
  • Perlis – RM 6.00
  • Negeri Sembilan – RM 6.50

P/S sesiapa yg mampu tunaikan kewajiban anda kerana zakat merupakan rukun islam yg keempat

Saturday 6 August 2011

RESEPI SIRAP BANDUNG SODA

Tengah CIK FARRA  duduk saje tak buat apa-apa tibe-tibe j untuk buka puasa jap lg CIK FARRA rse nk wat sirap bandung. orang len kalo nk wat sirap bandung mesti guna perisa ros,aiskrim soda,air, ngan susu kn?? ni CIK FARRA nk bg resepi br yg CIK FARRA dpt dr seorang kakak. 

Bahan-Bahan:








ni j bahan-bahan nye. campur kan sume,, 

 da siap,,, 

p/s kalo nk lg nyaman,,, tambah la ais ye


PERKARA YANG DILAKUKAN HANYA BULAN RAMADHAN


Dalam kita berpuasa pada bulan Ramadan ini mesti kita perasan ada sesuatu yang biasa berlaku disekeliling kita di bulan lain tiba2 hilang dan berhenti daripada berlaku lagi..dan muncul pula gelagat2 mereka yang berpuasa tika tibanya Ramadhan.

  1. Iklan promosi sesuatu barangan hari raya muncul lebih awal daripada pengumuman PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA tentang tarikh bermulanya Ramadhan..
  2. Pak cik atau bhai yang jual aiskrim naik motor dah tak lalu depan rumah bila waktu siang.
  3. Buah Tamar/Kurma hanya popular bila tiba Ramadhan walaupun umum mengetahui ianya baik untuk kesihatan di bulan-bulan lain selain Ramadhan.
  4. Makcik yang jual nasi lemak waktu pagi dah tukar shif berniaga waktu petang plak.
  5. Banyak van jenazah akan digunakan bukan untuk membawa jenazah tapi 'angkut' mereka-mereka yang ditangkap kerana tak puasa.
  6. Orang ramai berpusu-pusu berbelanja sakan membeli juadah berbuka kat bazaar ramadhan lebih banyak daripada hari-hari dan bulan-bulan yang lain.
  7. Ada jugak manusia yg tak puasa gunakan anak/adik yg masih kecil belikan makanan@minuman kat kedai.
  8. Kedai2 makan, KFC, MCD, PizzaHut jadi lebih kosong dari selalu 
  9. Lorong Drive-thru kat McD akan selalu ada 'pelanggan' waktu tengahari...
  10. Orang ramai lebih peka dengan Jualan Murah hari raya daripada peka tentang fadhilat 

Jadi sama-sama la kita renungkan nye bersama di Bulan Ramadhan ini.




    Antara 9 Mimpi Rasulullah


    Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

    "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan........"

    1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

    2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

    3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

    4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

    5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

    6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

    7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

    8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

    9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

    SABDA RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT."



    Friday 5 August 2011

    KELEBIHAN SOLAT TERAWIH


    Antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
    1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
    2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
    3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
    4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
    5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
    6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
    7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
    8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
    9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
    10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
    11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
    • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
    12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
    • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
    13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
    • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
    14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
    • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
    15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
    • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
    16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
    • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
    17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
    • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
    18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
    • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
    19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
    • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
    20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
    • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
    21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
    • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
    22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
    • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
    23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
    • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
    24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
    • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
    25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
    • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
    26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
    • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
    27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
    • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
    28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
    • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
    29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
    • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
    30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
    • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.