Followers

Saturday 6 August 2011

PERKARA YANG DILAKUKAN HANYA BULAN RAMADHAN


Dalam kita berpuasa pada bulan Ramadan ini mesti kita perasan ada sesuatu yang biasa berlaku disekeliling kita di bulan lain tiba2 hilang dan berhenti daripada berlaku lagi..dan muncul pula gelagat2 mereka yang berpuasa tika tibanya Ramadhan.

  1. Iklan promosi sesuatu barangan hari raya muncul lebih awal daripada pengumuman PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA tentang tarikh bermulanya Ramadhan..
  2. Pak cik atau bhai yang jual aiskrim naik motor dah tak lalu depan rumah bila waktu siang.
  3. Buah Tamar/Kurma hanya popular bila tiba Ramadhan walaupun umum mengetahui ianya baik untuk kesihatan di bulan-bulan lain selain Ramadhan.
  4. Makcik yang jual nasi lemak waktu pagi dah tukar shif berniaga waktu petang plak.
  5. Banyak van jenazah akan digunakan bukan untuk membawa jenazah tapi 'angkut' mereka-mereka yang ditangkap kerana tak puasa.
  6. Orang ramai berpusu-pusu berbelanja sakan membeli juadah berbuka kat bazaar ramadhan lebih banyak daripada hari-hari dan bulan-bulan yang lain.
  7. Ada jugak manusia yg tak puasa gunakan anak/adik yg masih kecil belikan makanan@minuman kat kedai.
  8. Kedai2 makan, KFC, MCD, PizzaHut jadi lebih kosong dari selalu 
  9. Lorong Drive-thru kat McD akan selalu ada 'pelanggan' waktu tengahari...
  10. Orang ramai lebih peka dengan Jualan Murah hari raya daripada peka tentang fadhilat 

Jadi sama-sama la kita renungkan nye bersama di Bulan Ramadhan ini.




    No comments:

    Post a Comment